Khasiat Utama Herba Nusantara

Khasiat Utama Herba Nusantara

  • Wms
  • 2 years ago
1509087418Ubijaga-3.jpg

UBIJAGA adalah herba tradisional yang mempunyai batang mudah lentur tetapi kuat dan digunakan oleh kaum asli untuk merangsang kekuatan seks terutamnya bagi golongan lelaki. Ubi Jaga adalah tumbuhan menjalar yang tumbuh liar di dalam hutan tropika di Asia Tenggara dan juga biasanya diminum bagi memperbaiki peredaran darah. Ia digunakan secara tradisional sebagai ubat herba untuk menguatkan tenaga lelaki, sebagai tonik umum dan untuk meningkatkan metabolisme badan. Daun Ubi Jaga berwarna hijau gelap dipermukaan dan hijau muda dibawah daun. Ia ditemui di Thailand, Pulau Jawa dan Semenanjung Malaysia. Ubi Jaga tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik. Tonik untuk lelaki Ubi Jaga akan membantu meningkatkan keinginan seksual, meningkatkan sensitiviti, menguatkan ereksi dan membolehkan lelaki semua peringkat umur untuk menikmati seks lebih kerap dan lebih tahan lama. Manfaat ini juga termasuk kesan penstabilan mood, promosi tahap tekanan darah yang sihat dan peningkatan tahap tenaga. Ini pasti akan menyumbang untuk prestasi yang hebat di tempat tidur. Sains perubatan kini juga mula menyedari khasiat dan kebaikan herba ini. Penawar penyakit Daun dan buah Ubi Jaga juga boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. Ia juga boleh mengubati demam dengan kaedah yang sama. Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah. Cara Penyediaan Ubi Jaga Untuk tujuan ini, bahagian akar di gunakan. Cara penyedian: Ambil 20 gram ubi jaga (untuk 3 kali minum). Ubi jaga di potong dan di basuh sehingga bersih. Gunakan 5 gelas air untuk merebus ubi jaga, rebus selama 30 minit atau sehingga air mendidih dan bertukar kekuningan. Tapis dan minum 1 gelas. Baki air rebusan ubi jaga boleh di simpan dalam peti sejuk. Minum 1-2 gelas sehari. Semoga memberi manfaat.

Random Testimonial

Image

Alhamdulillah. Mmg ada perubahan lepas minum UBIJAGA ni. Paling ketara sebelum ni cepat letih bila buat kerja, sekarang boleh rasa lebih aktif dan kurang letih bila bersihkan laman rumah. tak macam sebelum ni.

Puan Saufiah N9
Image

Lepas tu saya perasan perut ada kempis sedikit. Berat memang turun dari 89kg ke 86kg lepas 2 minggu lebih minum UBIJAGA ni.

Bab dengan orang rumah tu memang mantap. Apa pun terima kasih perkenalkan UBIJAGA ni. Ada 2 botol nak habiskan. In Sya Allah saya order pagi nanti kalau dah habis.

Rosman Terengganu
Image

Salam...Tuan Alhamdulillah saya dah cuba UBIJAGA tenaga saya dah separuh pulih...Baru 1 botol. Saya nak lagi 3 botol harga yang sama atau harga dah lain...

Tuan Jamil Kuala Lumpur
Image

Ada perubahan...tapi makan tak lalu. Baru 6 hari makan.

En. Ayie Melaka
Image

Terima kaseh prodak yang terbaik. Luar biasa pawanya. Isteri pula meyakinkan akan prudak tuan ni...

Tuan Azlan Tamsir Klang
View more testimonial..

My Fan Page